Pesan Memesan

Sekian lama kita didedahkan dengan pengurusan kewangan secara konvensional yang terlibat secara langsung dengan RIBA’. Alhamdulillah sekarang kita sudah ada instrument-instrumen pengurusan kewangan berlandaskan Syariah. Namun masih terdapat juga daripada kita terlepas pandang daripada penguasaan sistem kewangan konvensional.

* Kita ada Bank berlandaskan Syariah…sudahkah anda beralih kepadanya
* Kita ada Takaful berlandaskan Syariah…sudahkah anda dapatkannya
* Kita ada pelaburan berlandaskan Syariah…mengapa tidak menyertainya.
* Kita ada pinjaman berlandaskan Syariah…dah buat pinjaman?

Jika kesemua pengurusan kewangan anda menjurus kepada Islamik..Alhamdulillah.. semuga rezki anda beroleh keberkatan.

Konsep pelaburan sambil menyimpan untuk masa depan dari Dana Islamik Unit Trust ini dilulus oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Skuriti dan dipantau oleh Jawatankuasa Syariah IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd)

Keuntungan dan kebaikan yang ditawarkan :

* Pengagihan keuntungan(hujung tahun) antara 10% - 30%
* Pertumbuhan modal 2 kali setahun berdasarkan perubahan harga unit.
* Pemberian Insurans/Takaful percuma berdasarkan nilai pelaburan(dana tertentu)
* Banyak lagi kebaikannya.
_____________________________________________

Khamis, 10 Disember 2009

Jangan Beli... Saham Tengah Jatuh! Tak Betul Tu,,,

Ada pendapat mengatakan "Saya tak nak beli saham amanah sekarang sebab tengah jatuh. Saya takut nanti terus jatuh dan rugi. Saya akan beli bila saham dah naik".

Perlu diingatkan, Unit Trust atau Unit Amanah atau Amanah Saham adalah berbeza dengan Saham Index yang berada di pasaran.Para pelabur akan membeli unit yang terdapat pada sesuatu dana dalam unit trust. Jumlah yang dibeli itulah yang dipegang.

Pakar dan analisis saham mengatakan "BUY LOW, SELL HIGH". Bermakna jika kita buat sedikit kajian daripada graf apa-apa fund pun, sekarang memang tengah jatuh. Ada yang masuk tahun lepas dalam keadaan rugi sekarang. Ye, situasi itu tidak dinafikan.Tetapi itu hanyalah atas kertas(lost paper), jika kita tidak membuat apa-apa urusan jualan unit dalam masa unit turun, kita tidak akan kerugian.

Sebenarnya sekaranglah masa paling sesuai untuk beli. Sifat amanah saham ia tidak akan terus jatuh menjunam, lambat laun ia akan naik juga kerana ia mengurangkan risiko melalui pemelbagaian portfolio pelaburan.

Satu lagi, amalkan sifat menabung secara konsisten setiap bulan walaupun sedikit. Ini akan mengurangkan kos pelaburan anda dan dapat mengoptimimkan pulangan. Perlu diingat, unit amanah ialah pelaburan untuk jangkamasa panjang, biasanya melebihi 2 tahun. Kalau anda nak melabur yang pulangan cepat, perlulah belajar main stock market atau futures market.

Selamat melabur dengan bijak.

Isnin, 7 Disember 2009

Apa yang anda perlu tahu.

Penjelasan penggunaan harga belian/jualan dan ‘NAB’ yang tertera di media.

Harga yang dipaparkan ialah harga beli/jual bagi pihak pengurus dana kepada pemegang unit/pelabur seperti anda. Oleh itu, harga belian yang tertera (bid) ialah harga yang anda gunakan untuk menjual unit, manakala harga jualan (offer) ialah harga di mana anda membeli unit.

Nilai Aset Bersih (NAB) ialah nilai kesemua aset dana ditolak keseluruhan tanggungan dana pada satu-satu masa penilaian , manakala NAB seunit pula ialah NAB dana itu yang dibahagi dengan jumlah bilangan unit dalam edaran pada masa penilaian. Angka ini penting kerana ia diguna sebagai panduan untuk menentukan harga belian dan jualan yang dikira setiap hari oleh Pengurus pada penutup hari perniagaan Bursa.

Apakah yang patut anda lakukan sekiranya pasaran saham menjunam?

Harga saham akan sentiasa turun atau naik kerana ini adalah lumrah pasaran, namun pada jangkamasa sederhana ke panjang ia akan naik. Anda tidak perlu lakukan apa-apa, harungi keadaan tersebut atau sekiranya berkemampuan tambah pelaburan sewaktu pasaran menampakkan kestabilan. Seperti yang sering disarankan, pelaburan unit amanah adalah untuk tempoh jangka sederhana/panjang.

Hantarkan pertanyaan kepada kami.

Berminat: Sebagai Pelabur
Sebagai Agen UTC
Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat:
Pertanyaan:

Create a web form here

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP