Pesan Memesan

Sekian lama kita didedahkan dengan pengurusan kewangan secara konvensional yang terlibat secara langsung dengan RIBA’. Alhamdulillah sekarang kita sudah ada instrument-instrumen pengurusan kewangan berlandaskan Syariah. Namun masih terdapat juga daripada kita terlepas pandang daripada penguasaan sistem kewangan konvensional.

* Kita ada Bank berlandaskan Syariah…sudahkah anda beralih kepadanya
* Kita ada Takaful berlandaskan Syariah…sudahkah anda dapatkannya
* Kita ada pelaburan berlandaskan Syariah…mengapa tidak menyertainya.
* Kita ada pinjaman berlandaskan Syariah…dah buat pinjaman?

Jika kesemua pengurusan kewangan anda menjurus kepada Islamik..Alhamdulillah.. semuga rezki anda beroleh keberkatan.

Konsep pelaburan sambil menyimpan untuk masa depan dari Dana Islamik Unit Trust ini dilulus oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Skuriti dan dipantau oleh Jawatankuasa Syariah IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd)

Keuntungan dan kebaikan yang ditawarkan :

* Pengagihan keuntungan(hujung tahun) antara 10% - 30%
* Pertumbuhan modal 2 kali setahun berdasarkan perubahan harga unit.
* Pemberian Insurans/Takaful percuma berdasarkan nilai pelaburan(dana tertentu)
* Banyak lagi kebaikannya.
_____________________________________________

Khamis, 10 Disember 2009

Jangan Beli... Saham Tengah Jatuh! Tak Betul Tu,,,

Ada pendapat mengatakan "Saya tak nak beli saham amanah sekarang sebab tengah jatuh. Saya takut nanti terus jatuh dan rugi. Saya akan beli bila saham dah naik".

Perlu diingatkan, Unit Trust atau Unit Amanah atau Amanah Saham adalah berbeza dengan Saham Index yang berada di pasaran.Para pelabur akan membeli unit yang terdapat pada sesuatu dana dalam unit trust. Jumlah yang dibeli itulah yang dipegang.

Pakar dan analisis saham mengatakan "BUY LOW, SELL HIGH". Bermakna jika kita buat sedikit kajian daripada graf apa-apa fund pun, sekarang memang tengah jatuh. Ada yang masuk tahun lepas dalam keadaan rugi sekarang. Ye, situasi itu tidak dinafikan.Tetapi itu hanyalah atas kertas(lost paper), jika kita tidak membuat apa-apa urusan jualan unit dalam masa unit turun, kita tidak akan kerugian.

Sebenarnya sekaranglah masa paling sesuai untuk beli. Sifat amanah saham ia tidak akan terus jatuh menjunam, lambat laun ia akan naik juga kerana ia mengurangkan risiko melalui pemelbagaian portfolio pelaburan.

Satu lagi, amalkan sifat menabung secara konsisten setiap bulan walaupun sedikit. Ini akan mengurangkan kos pelaburan anda dan dapat mengoptimimkan pulangan. Perlu diingat, unit amanah ialah pelaburan untuk jangkamasa panjang, biasanya melebihi 2 tahun. Kalau anda nak melabur yang pulangan cepat, perlulah belajar main stock market atau futures market.

Selamat melabur dengan bijak.

Isnin, 7 Disember 2009

Apa yang anda perlu tahu.

Penjelasan penggunaan harga belian/jualan dan ‘NAB’ yang tertera di media.

Harga yang dipaparkan ialah harga beli/jual bagi pihak pengurus dana kepada pemegang unit/pelabur seperti anda. Oleh itu, harga belian yang tertera (bid) ialah harga yang anda gunakan untuk menjual unit, manakala harga jualan (offer) ialah harga di mana anda membeli unit.

Nilai Aset Bersih (NAB) ialah nilai kesemua aset dana ditolak keseluruhan tanggungan dana pada satu-satu masa penilaian , manakala NAB seunit pula ialah NAB dana itu yang dibahagi dengan jumlah bilangan unit dalam edaran pada masa penilaian. Angka ini penting kerana ia diguna sebagai panduan untuk menentukan harga belian dan jualan yang dikira setiap hari oleh Pengurus pada penutup hari perniagaan Bursa.

Apakah yang patut anda lakukan sekiranya pasaran saham menjunam?

Harga saham akan sentiasa turun atau naik kerana ini adalah lumrah pasaran, namun pada jangkamasa sederhana ke panjang ia akan naik. Anda tidak perlu lakukan apa-apa, harungi keadaan tersebut atau sekiranya berkemampuan tambah pelaburan sewaktu pasaran menampakkan kestabilan. Seperti yang sering disarankan, pelaburan unit amanah adalah untuk tempoh jangka sederhana/panjang.

Rabu, 20 Mei 2009

Rahsia Bagaimana Melabur Cara Jutawan Dengan Menyimpan HANYA RM200 Sebulan

Tidak salah menjadi kaya kerana Nabi Muhammad s.a.w lebih menyukai umatnya yang kuat. Dengan kekayaan boleh menjadikan Islam itu kuat. Banyak contoh orang kaya yang berbakti untuk agamanya, contohnya Saidina Uthman bin Affan. Sepatutnya kita memasang azam menjadi orang kaya seperti Saidina Uthman, bukan Si Qarun.

Apakah ukuran kekayaan? Adakah dari segi kereta besar? Rumah besar? Bukan. Kerana kita tahu yg berkereta besar hutangnya juga besar! Kekayaan diukur dari segi berapa banyak yang seseorang tu boleh simpan. Simpanan inilah yang akan digunakan di masa hadapan. Ibarat jika kita ingin menyelam ke dasar laut, perlu tong oksigen yg cukup. Kalau tidak, lemaslah kita menghadapi tekanan dasar laut.

Sekarang semua orang tahu kepentingan menyimpan tetapi di mana nak menyimpan/melabur? Ramai yang silap melabur. Menyimpan dalam akaun simpanan/semasa/fix deposit bukan langkah yg bijak. Duit kita akan menjadi seperti daun dimakan ulat kerana kadar faedah akaun simpanan antara 3% tidak mampu menampung inflasi yang berada sekitar 6-8% setahun. Masuk skim/scam/pelaburan yang tak masuk akal memberi pulangan -100% pun ramai.

Tidak ramai yang tahu rahsia ini. Jika anda menyimpan RM200 sebulan pada usia 18 tahun dan menyimpan di dana yang memberi pulangan purata 20% setahun, anda akan mempunyai lebih RM 1 juta 24 tahun kemudian tanpa melakukan apa-apa!
Teknik ini di panggil : COMPOUNDING + DOLLAR COST AVERAGE

COMPOUNDING :Ia bermaksud simpanan anda dan pulangan akan menjadi pokok pada tahun berikutnya. Anda simpan lagi dan dapat pulangan lagi dan lagi dan lagi...
DOLLAR COST AVERAGE : Membuat simpanan secara konsisten setiap bulan (potongan gaji, arahan bank) bagi mendapatkan harga purata kos pelaburan.

Peringatan : Teknik ini tidak berkesan jika kita mengeluarkan simpanan kita tetapi jika terdesak, boleh dikeluarkan juga. Teknik ini berhubungkait dengan masa.

Baiklah, sekarang anda telah faham kedua-dua teknik tadi dan kepentingan melabur secara konsisten. Tetapi di mana nak cari pelaburan yang boleh memberi pulangan sehingga 20, 30% setahun?
Ketahuilah petua pelaburan berikut:
Pelaburan yang memberi pulangan 4-5% setahun kurang bagus, 6-9% biasa, 10-19% kira ok, 20-30% cemerlang. 31- 40+% Cemerlang. Lebih daripada tu? BERHATI-HATI

Kami ada jawapan. Anda boleh memilih DANA-DANA SYARIAH YANG ADA kerana berdasarkan rekod, ada dana yang mampu memberi pulangan melebihi 30%!Oleh itu, mulakan langkah anda dengan menghubungi kami. Kami akan memberi panduan percuma bagaimana mencapai matlamat pelaburan anda dengan kaedah paling selamat, mematuhi syariah dan berkesan. Mudah-mudahan rezeki anda bertambah berkat... Amin.


Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Sabtu, 16 Mei 2009

Perbandingan Umur Dalam Pelaburan

Ketahuilah bahawa dalam pelaburan, wang dan masa sangat berkaitan. Sekiranya anda berumur 18 tahun dan mula menyimpan RM100 sebulan boleh mencapai pulangan RM1 juta ketika anda pencen kelak tetapi sekiranya anda berumur 40 tahun dan menyimpan RM1000 sebulan, belum tentu anda berpeluang mencapai sasaran jutawan apabila anda bersara kelak.

Lihat kepada perbandingan ini :

Azman mula menyimpan ketika berumur 18 tahun dengan pelaburan awal RM1000 dan potongan gaji bulanan sebanyak RM100. Katakanlah dia menyimpan dalam dana yang memberi pulangan purata sebanyak 20% setahun. Azman terus menyimpan sehingga berumur 45 tahun.

Joe mula menyimpan ketika berumur 30 tahun dengan pelaburan awal RM1000 dan membuat potongan gaji RM1000 sebulan. Katakanlah juga dia menyimpan dalam dana yang memberi pulangan purata sebanyak 20% setahun. Joe terus menyimpan sehingga berumur 45 tahun.

Modal pelaburan Azman ialah RM 34,600 manakala Joe RM 193,000. Tahukah anda berapa pulangan mereka?
Azman : RM 1,344,526 (38 kali ganda) manakala Joe hanya RM 1,2777,655 (6 kali ganda)

Mengapa jadi begitu? INILAH YANG DINAMAKAN TEKNIK 'COMPOUNDING' DAN 'DOLLAR COST AVERAGING'

Teknik ini sangat berkesan dalam menangani inflasi dan membantu mencapai matlamat pelaburan anda. (Patutlah orang kaya makin kaya!)


Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Isnin, 20 April 2009

Konsep Pengagihan Dalam Unit Trust

Sebenarnya konsep unit trust ni sama mcm ASB..Cuma ASB ni dia takde perubahan harga..Yang lain2 nye ada perubahan harga.Unit Trust ni takde tempat matang sebenarnya..Bila2 masa kita boleh keluarkan tp mesti lah yang dah untung..Untuk jangka masa sederhana dan panjang mmg boleh dikatakan rosikonya kurang dan kita akan bgtau setiap investor kalau ada keuntungan..Agen akan cadangkan bagaimana untuk buat lock profit..Kalau buat bulanan lagi bagus sbb kita akan dolar cost average..Ini berlaku kerana kenaikan dan penurunan harga..Untuk satu jangka masa..mmg kita akan lebih untung buat cara tu

Dalam public mutual..pulangan untuk unit trust ini lebih tinggi merangkumi distribution n capital gain (untung unit).Distribution tu dapat setiap tahun.. Capital gain hanya dpt bila kita jual balik unit.

saya bg contoh yg simple k..
katakan la.. awk invest rm10,000 dgn harga 0.21sen untuk PCIF..setelah ditolak service charge 5.5%= RM 550, nilai akan bkurang kpd rm9,450.

Maka Total Unit = rm9450/0.21sen = 45000unit.
katakanlah setelah 2thn harga seunit meningkat sehingga 50sen..dan awk nak jual semua unit.. awk akan dpt...
1. Distribution = 15% x RM9450 x 2thn = RM2,835.
Untung Seunit= Harga Jual - Harga Beli(0.50sen - 0.21sen= 0.29sen seunit)
p/s : 0.29sen untung untuk seunit

2. Capital Gain = Jumlah unit x untung seunit
45000 unit x 0.29sen= RM 13,050.00

So..
Total Return = Distribution + Capital Gain
RM 2,835 + RM 13,050= RM 15,885

Jumlah Dlm Statement = RM 9,450 + RM15,885= RM 25,335 (untuk 2thn)

p/s: Selagi x jual, capital gain x dikira dlm akaun.. yg dikira hanya distribution, dan distribution setiap thn tdk tetap.. akan berubah2.

Biasanya kalau pulangan dlm akaun melebihi 100% seperti cth diatas, agent akan inform client then tanya samada nak jual unit atau tdk.. perlu di ingat juge, semakin byk kita invest semakin besarlah pulangan kita itu

Sambung lagi. tadi.
kita tambah beli 2k..dan dpt 6319 unit
Campur dgn unit yang lama (6319 + 45000 unit = 51319.11 unit)

kemuadian untuk kita average price kita ialah

jumlah kita invest / jumlah unit (rm12000/51319.11)
jadi average price kita ialah rm0.2338.

Lepas paras harga tu (0.2338) kita akan dapat capital gain

Dan pasal distribution tu..

Katakan public ittikal akan diclare dividen akhir bulan 5 ni dan kita masuk pada awal bulan 5..kita pun akan dapat dividennya..Dan biasanya lepas distribution..harga akan jatuh..jangan jual tunggu harga naik.


Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Isnin, 6 April 2009

Jenis-jenis Dana

Jenis-jenis Unit Amanah Berlandaskan Islam Yang Terdapat Didalam Public Mutual:

Dana pendapatan (Income Fund): Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang menghasilkan dividen yang besar dengan harapan akan membayar sebahagian besar daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.
Contoh dana: Public Islamic Dividend Fund (PIDF), Public Islamic Asian Dividend Fund (PIADF)

Dana pertumbuhan modal (Capital Growth Fund): Melabur terutama sekali dalam saham dengan harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang (iaitu melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka kepada risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.
Contoh dana: Public Islamic Equity Fund (PIEF),Public Islamic Opportunities Fund (PIOF),Public Asia Ittikal Fund (PAIF),Public Ittikal Fund (P Ittikal), Public Islamic Select Treasure Fund(PISTF)

Dana terimbang (Balanced Fund): Mempunyai tiga objektif: pendapatan, kenaikan nilai sederhana dan pemeliharaan modal. Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori aset yang merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Kepelbagaian yang baik dan sesuai bagi pelabur yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang sederhana. Dana ini akan diberi TAKAFUL percuma mengikut nilai pelaburan kita.
Contoh dana: Public Islamic Balanced Fund, Public Islamic Asia Balanced Fund

Dana bon (Bond Fund): Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan instrumen pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko kadar faedah dan kebanyakannya tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir penerbit sekuriti.
Contoh dana: Public Islamic Bond Fun (PI BOND),Public Islamic Enhanced Bond Fund (PIEBF)


Dana pasaran wang (Money Market Fund): Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan kurang dari 90 hari. Oleh kerana dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang diterima, walaupun kecil, pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan. Sesuai untuk pelabur yang mahu kecairan dalam pelaburan dan menjadi tempat sementara untuk menyimpan dana sebelum melabur dalam dana lain.
Contoh dana: Public Islamic Money Market Fund

Dana-dana yg disebutkan diatas diuruskan berlandaskan prinsip Syariah; pelaburan dibuat dalam saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham tidak halal dan instrumen pasaran wang berfaedah.

Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Sabtu, 28 Mac 2009

Di Manakah Duit Kita Dileburkan?

Perkara yang ingin saya kemukakan di sini bukanlah di mana kita melaburkan duit kita. Sebaliknya, di manakah kita meleburkan duit kita selama ini? Jawapannya pasti agak subjektif bagi setiap individu. Namun, bagi setiap individu pastinya tidak terkecuali atau terlepas dari perangkap atau jerat peleburan duit ini.

Hendak atau tak hendak! Mahu atau tak mahu! Sedar atau tak sedar rasanya kita terpaksa untuk menerima hakikat berikut. Bahawa setiap kali kita memperolehi hasil pendapatan atau gaji dari hasil titik peluh kita bekerja selama ini. Kebanyakkan ianya telah dileburkan kepada perkara-perkara berikut :

1. Kad kredit / Kad hutang :
~ Credit card / Kad kredit ramai yang beranggapan dengannya nak beli apa pun mudah dan cepat. Dan kad kredit ini jugalah orang sekarang panggil ‘ceti moden’. Sesetengahnya pula ada yang menganggap, satu kad kredit tak mencukupi, seboleh-bolehnya perlu ada 2 atau 3 kad kredit. Hujung bulan kad ATM sebagai ‘perantaraan/medium’ untuk mengeluarkan duit demi tujuan perbelanjaan. Tetapi bila masuk tengah bulan, kad kredit pula menjadi penggantinya.

Begitulah putaran perbelanjaan setiap bulan, hujung bulan duit masuk! Dileburkan untuk pembayaran hutang kad kredit tapi bila masuk tengah bulan duit pula habis, kad kredit diguna semula. Mungkin, episod putaran kad hutang tiada pengakhirannya.

2. Hutang :
~ Bila masuk hujung bulan dan duit gaji pun telah masuk pasti yang pertama sekali terlintas di akal fikiran kita ialah untuk melunaskan hutang-hutang! Peleburan tahap maksima berlaku di sini! Segalanya perlu dilunaskan terlebih dahulu sebelum surat jemputan perkahwinan tuntuan pembayaran menyinggah ke rumah. Masuk saja duit gaji, terus bayar hutang rumah (sewa rumah & bil-bil) + hutang kereta + hutang kad kredit + hutang PTPTN + hutang itu.. + hutang ini.. + hutang bla.. bla..! Silap-silap tengah bulan boleh makan mi segera dibuatnya!

3. Shopping @ Membeli-belah :
Setiap orang pasti pergi membeli-belah ini termasuklah membeli barang keperluan bagi kegunaan harian. Tapi ada juga di antara kita yang mempunyai tabiat yang suka membeli-belah melebihi dari keperluan semata-mata. Pantang bila lihat kedai yang menawarkan diskaun, jualan murah atau jualan penghabisan stok, mata mula terpukau untuk membeli kesemuanya. Kalau boleh satu kedai tu kita nak beli. Memang itu adalah masa yang sesuai untuk membeli-belah tapi janganlah sampai membeli-belah melebihi dari had keupayaan sendiri.

4. Awek / Pakwe :
~ Bagi pasangan yang tengah hangat bercinta, bila keluar date kalau tak pergi belanja awek atau pakwe pegi makan-makan, pegi tengok wayang, shopping, jalan-jalan memang tak sah punyalah! Semuanya memerlukan duit! Bawa RM10.. cukup ke budget untuk keluar date? Maunya cecah RM50 ke atas! Tu belum masuk lagi kos ‘offline date’ macam kos gayut-gayutan dan SMS.

5. Barang-barang gadjet :
~ Tengok kawan-kawan ada PDA, kita pun nak PDA yang lagi power dari diaorang! Tengok jiran sebelah ada handphone 3G, kita pun beli handphone versi 4G! Tengok sepupu punya notebook yang nipis dan ringan, kita pun beli notebook yang paling ternipis dan teringan di antara mereka. Pendek kata, biar nampak bergaya tapi poket kosong takpa!

6. Hobi :
~ Yang minatnya pada motorsikal, pasti nak modify motorsikal mereka. Yang minatnya pada kereta pastinya nak modify kereta mereka. Ada juga orang yang hobinya bermain dengan alat kawalan jauh seperti kereta, bot atau kapal terbang kawalan jauh. Ada yang suka mengumpul barang-barang antik. Ada yang suka mengambil gambar. Manakala, bagi perempuan pula ada yang hobinya suka memelihara binatang peliharan bermacam spesis atau menanam pokok bunga yang berpasu-pasu banyaknya. Dan terdapat banyak lagi hobi-hobi yang lain. Kebiasaannya, demi hobi kita sanggup bergadai duit demi mencapai kepuasan tersebut!

7. Rumah :
~ Bulan ni mungkin nak beli perabot baru! Bulan depan pulak nak tambah penyeri ruang tamu, sebuah T.V Plasma atau set home theater. Bulan seterusnya nak tambah pekakasan bilik tidur pulak! Bulan berikutnya mungkin nak extend ruang dapur. Kemudian buat maintenance kat bilik mandi. Dan seterusnya melengkapkan apa yang masih belum lengkap! Kalau boleh biar orang nampak rumah kita macam banglo mewah tak pun macam istana gitu!

8. Perjudian :
~ Sungguhpun telah tertera perkataan “judi itu HARAM di sisi Islam” tapi masih ramai juga orang kita yang tak faham bahasa Melayu (sengaja buat-buat tak faham) berjudi atau membeli nombor ekor di kedai 4 nombor ekor. Hari ni tak kena, esok beli lagi! Esok tak kena, lusa beli lagi! Lusa tak kena, tulat beli lagi! Duit dibuang begitu sahaja. Tak pernah kenal erti serik. Haram? Dosa? Atau masuk neraka? Bagi manusia yang jenis ni, segalanya perkara biasa! Na’auzubillah min zalik! Ingat, hukum ALLAH jangan cuba dipersendakan! Kalau dapat duit pun bukannya berkat!

9. Skim Cepat KayaP / Skim Merapu-merepek :
~ Kononnya kerana nak cepat kaya ramai yang terpedaya kepadanya. Bagi mereka tak kisahlah undang-undang telah melarangkannya atau pun tidak, janji goyang kaki kemudian *plink* terus jadi kaya! Teori mereka, kononnya orang yang kaya-kaya sekarang ni disebabkan mereka telah menyertai skim yang sama iaitu skim cepat kaya. Sungguhpun telah terdapat kisah hitam dengan nama skim yang sama tetapi mereka tetap juga tidak mahu mengambil teladan atau pengajaran melaluinya. Harap jangan bila dah terkena nanti, baru nak menyesal!


Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Rabu, 25 Mac 2009

Perbezaan di antara wang simpanan dan wang pelaburan.

Akaun simpanan/savings account bermaksud kita menyimpan wang tersebut ke institusi kewangan atau bank-bank yang kebiasaannya memberi pulangan dengan kadar faedah sekitar 1% (riba di sisi Islam) atau berbentuk bonus sekitar 4% seperti Tabung Haji. Kebiasaannya, wang simpanan digunakan untuk urusan atau transaksi keluar masuk atas tujuan keperluan perbelanjaan penyimpan. Pengurusan wang simpanan yang terbaik ialah mengeluarkannya hanya untuk tujuan seperti kecemasan, pelajaran dan kegunaan di masa hadapan (pembelian rumah atau pun perkahwinan).

Pelaburan ialah tindakan meletakkan wang/dana bagi satu tempoh tertentu untuk memperolehi kadar pulangan yang dikehendaki. Sebagai contoh untuk tahun lepas kadar pulangan/dividen & bonus bagi pelabur yang menyimpan di Amanah Saham adalah sekitar 8.55% manakala bagi Unit Amanah pula sekitar 12% ke atas. Perlu diingat di sini bahawa walaupun kadar pulangan boleh dijangka, namun ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa nilai pulangan yang diperolehi pada tahun berikutnya adalah lebih tinggi berbanding dari tahun sebelumnya. Sebagai seorang pelabur seorang itu harus menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit.

Disiplin dalam mengurus wang simpanan dan pelaburan adalah dengan memahami dan melaksana konsepnya dengan betul. Wang pelaburan seharusnya tidak dikeluarkan (unit dijual) secara kerap kerana secara umumnya pelaburan itu mengambil satu jangka masa yang tertentu untuk memperolehi pulangannya berbanding dengan wang simpanan yang tidak membatasi jangka masa tertentu untuk memperolehi pulangan. Jadi segala urusan atau transaksi keluar dan masuk bolehlah dilakukan secara kerap bergantung kepada keperluan penyimpan.

Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Isnin, 16 Mac 2009

Penjanaan Simpanan Dalam Unit Trust

TAHUKAH ANDA?

# Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.

# Anda boleh memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam unit trust? Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5.75%. Tapi pulangan unit trust tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam unit trust dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.

# Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)^20 = RM76,675.20 SUNGGUH LUMAYAN!!

# Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70 Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak!…

Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masakini dan akan datang, inilah pelaburan yang sah disisi undang-undang malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan UnitTrust.

Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Selasa, 10 Mac 2009

KELEBIHAN PELABURAN DANA ISLAM MELALUI SKIM AHLI KWSP

1. MENEPATI SYARIAH

Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam dana-dana Islam dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik iaitu IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd).

2. PULANGAN LEBIH TINGGI

Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada pelaburan di dalam unit amanah.

Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk atau gambaran sebenar prestasi masa depan.

3. TIDAK GANGGU WANG POKET

Tidak mengganggu aliran tunai wang poket anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket anda, sebaliknya hanya perlu memindahkan wang daripada Akaun 1 KWSP anda ke Institusi Pengurusan Dana.

4. MENGGUNAKAN SUMBER SEDIA ADA

Anda tidak perlu membuat pinjaman atau mendapatkan kewangan daripada sumber-sumber baru untuk mendapatkan peluang untuk melabur dalam unit amanah kerana anda cuma perlu bijak menggunakan sumber kewangan sedia ada pada anda iaitu di dalam Akaun 1 KWSP anda untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

5. NILAI TAMBAH

Anda berpeluang memperolehi pelbagai nilai tambah melalui pelaburan di dana-dana Islamik.

6. KEKERAPAN MENAMBAH PELABURAN

Anda berpeluang menambah pelaburan melalui skim ini setiap 90 hari untuk mendapatkan pulangan yang kompetitif.

7. WANG PERSARAAN LEBIH TINGGI

Dengan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan, bermakna anda berpeluang untuk meningkatkan simpanan KWSP untuk tujuan hari persaraan anda kelak.

8. KEPUASAN MENGURUS SENDIRI

Anda boleh mendapat kepuasan menguruskan sendiri wang simpanan KWSP anda untuk dilaburkan di tempat yang anda inginkan dan yakini melalui Institusi Pengurusan Dana yang berkredibiliti dan berprestasi tinggi, khususnya untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi, menepati syariah dan lebih nilai tambah !

9. KEKERAPAN MELABUR DARI SIMPANAN KWSP

Setiap 90 hari dari tarikh pemindahan terakhir dibuat.

10. PENJUALAN BALIK DAN KEUNTUNGAN PELABURAN

Penjualan balik pelaburan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun jumlah jualan balik
serta sebarang keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP.

Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Jumaat, 20 Februari 2009

Ibfm Source : Berita Harian On-Line
Monday, September 10, 2007
By : Mustafa Mohd Hanefah

MANUSIA adalah ciptaan istimewa Allah Taala yang dikurniakan dengan dua ekstrem, dugaan utama makhluk istimewa ini iaitu akal dan nafsu. Oleh itu, sebagai pemegang amanah Allah SWT, manusia perlu memastikan kedua-dua kehendak ini dipenuhi dengan sempurna dan secara berhikmah bagi mendapatkan kepuasan hidup seorang insan.

Namun demikian, dalam usaha memenuhi kehendak yang ada, manusia perlu mempertimbangkan pelbagai aspek terutama pandangan syariah dan undang-undang yang ditetapkan Allah Taala.
Apabila situasi ini dilihat daripada perspektif ekonomi, pemilikan, usaha pengembangan dan pertumbuhan harta, ia adalah antara aktiviti diminati makhluk Allah SWT bergelar manusia secara semula jadi kerana kecintaan kepada harta, satu fitrah dinikmati manusia sejak kejadian mereka lagi.

Sebagai bukti, sejarah pada zaman Rasulullah menunjukkan bahawa manusia sentiasa berlumba-lumba untuk meningkatkan produktiviti pemilikan persendirian mahupun pemilikan kolektif bagi dimanfaatkan oleh semua masyarakat.

Keadaan semula jadi ini timbul daripada wujudnya naluri dan keinginan untuk memiliki dan mempunyai hak atas sesuatu perkara. Oleh yang demikian, bagi individu dan pengguna pintar, mereka akan menyusun strategi dan merancang setiap bentuk penggunaan harta itu bagi memastikan ia dapat menjamin kestabilan ekonomi dan berjalan seiring ketetapan syariah.

Salah satu cara dan strategi yang boleh digunakan ialah melalui perancangan terancang di dalam pelaburan Islam.
Namun, apa yang amat menyedihkan di kalangan umat Islam hari ini, iaitu realiti yang ada memperlihatkan ramai pelabur Muslim asyik dan leka dalam lingkungan ekonomi konvensional yang serba menggamit nafsu, lantas melupakan prinsip, etika dan asas amat penting dalam merealisasikan kejayaan ekonomi Islam di masa depan.

Secara umum, Islam amat menggalakkan pertumbuhan harta dan pelaburan bersama-sama dengan matlamat yang murni iaitu untuk mengangkat taraf hidup dan ekonomi umat Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam masyarakat.

Namun, apa yang perlu kita hayati, matlamat utama sistem ekonomi Islam ialah untuk mencapai keredaan Allah yang Maha Esa di dunia mahupun di akhirat ataupun apa yang disebut sebagai al-falah.

Oleh itu, bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pelaburan konvensional dan sistem riba yang diharamkan oleh Islam, pakar ekonomi Islam mencurahkan segala daya usaha mereka untuk memperkenal dan menonjolkan instrumen pelaburan dalam Islam bagi memberi saingan kepada pelaburan konvensional serta alternatif kepada pelabur Muslim.

Hakikatnya, pelaburan yang sudah sedia ada sejak zaman Rasulullah lagi malah sejak zaman Jahiliah, berjaya diadaptasikan mengikut kehendak semasa oleh sarjana kita, lantas ia membuka mata dunia untuk sama-sama menghayati dan mengaplikasikan instrumen ini dalam aktiviti pelaburan mereka.

Apa yang amat diharapkan ialah pelaburan diamalkan umat Islam sama ada secara individu atau secara kolektif perlulah mematuhi beberapa prinsip dan kaedah ditetapkan Islam di dalam al-Quran serta al-Sunnah dan juga mengambil kira pendapat serta ijtihad ulama kontemporari.

Jelas di sini menunjukkan bahawa pelaburan diharuskan dalam Islam, namun pelaburan yang diharuskan oleh Islam tidak meliputi segala bentuk pelaburan tanpa batasan tertentu. Islam menganjurkan umatnya supaya membabitkan diri dalam aktiviti ini berlandaskan ciri ditetapkan di dalam Islam.

Antara asas diambil kira adalah seperti berikut (Abu Bakar Habin, 2000).

Pertama pelaburan itu mestilah tidak bercanggah dengan hukum Islam, iaitu tidak membabitkan aktiviti pelaburan dalam perkara yang tidak dibenarkan seperti arak dan sebagainya.

Kedua, pelaburan yang dilakukan mestilah mengikut keutamaan keperluan masyarakat. Perkara al-dharuriyyat perlu diutamakan dan diikuti dengan al-hajiyyatt dan seterusnya al-tahsiniyyat. Seterusnya modal yang diperoleh adalah dari sumber yang halal.

Ini bagi menjamin perkara halal tidak dipertikaikan atas sebab sumber yang diragui. Pelaburan dilakukan juga mestilah mampu memberi kebajikan dan kemakmuran kepada individu dan masyarakat. Selain itu, pelaburan berkenaan hendaklah memberi pulangan dalam bentuk kebendaan dan kerohanian, bukan saja memberi kepuasan dan kebaikan di dunia, bahkan di akhirat juga.

Akhir sekali pelaburan yang dijana hendaklah bebas daripada segala bentuk larangan seperti riba, ketidakpastian (gharar), penindasan, penipuan, pembaziran dan sebagainya.

Selain itu, Masudul Alam Choudhury (1986) yang juga tokoh ekonomi Islam memberikan pendapat peribadinya mengenai ciri asas pelaburan dalam Islam iaitu pertama menyatakan bahawa sistem sosial Islam menyarankan supaya setiap pengguna perlu bertindak berdasarkan keperluan dan keselesaan hidup.

Dasar ini dipersetujui semua sarjana Islam dan penggunaan secara mewah dan berlebihan adalah dilarang sama sekali. Menurut beliau lagi, lebihan pengeluaran dalam penggunaan dari sebarang jenis harta tidak digalakkan kerana ia boleh mewujudkan pembaziran fakta pengeluaran.

Beliau turut menambah bahawa pelaburan sebenarnya adalah faedah yang didapati dalam pengeluaran barangan keperluan dan keselesaan hidup. Oleh itu, lebih banyak modal diperlukan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran mengikut masa tertentu dan mengetahui bagaimana cara mengeluar, meningkatkan dan mengembangkan.

Sebagai tambahan, di negara kita secara khususnya, ada peruntukan undang-undang dan petunjuk atau garis panduan mengenai ciri pelaburan secara Islam yang boleh diceburi di semua institusi perbankan Islam.

Ciri ini dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya Sekuriti bertujuan memudahkan usaha institusi kewangan yang berminat atau orang perseorangan untuk menerokai bidang kewangan Islam.

Kelayakan sesebuah syarikat akan terkeluar daripada senarai sekuriti yang diluluskan berdasarkan kriteria yang tersenarai seperti berikut:

Perkara pertama yang mengeluarkan sesuatu institusi terkeluar daripada senarai Suruhanjaya Sekuriti ialah mempunyai operasi berteraskan riba (faedah) seperti dijalankan institusi kewangan misalnya bank perdagangan dan bank saudagar serta syarikat kewangan.

Yang kedua ialah mempunyai operasi membabitkan aktiviti perjudian. Seterusnya mempunyai operasi mengeluarkan dan/atau menjual barangan yang haram seperti minuman keras, daging khinzir dan daging yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Yang terakhir ialah syarikat yang mempunyai operasi membabitkan kegiatan berunsur gharar (ketidakpastian) seperti perniagaan insurans konvensional.

Selain daripada syarat di atas, bagi syarikat yang membabitkan aktiviti bercampur, iaitu mempunyai unsur dibenarkan dan diharamkan oleh syarak, Majlis Penasihat Syariah mempertimbangkan beberapa sudut tambahan lain bagi membolehkan pelabur Muslim melabur di dalam sekuriti terbabit.

Antara syarat tambahan dimaksudkan termasuklah, yang pertama aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti bertentangan syarak sebagaimana digariskan oleh empat kriteria di atas. Kedua, pandangan masyarakat umum mengenai imej syarikat berkenaan mestilah baik.

Ketiga ialah aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil membabitkan perkara umum balwa (kerumitan meluas yang sukar dielakkan), 'uruf (amalan kebiasaan) dan hak masyarakat bukan Islam yang diperakui Islam.

Oleh yang demikian, dengan ada garis panduan yang secara umum ditetapkan oleh Islam dan secara khususnya dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, umat Islam dan organisasi Muslim yang berminat dengan aktiviti pelaburan bolehlah meneruskan aktiviti mereka berdasarkan ketetapan disenaraikan itu.

Selain daripada itu, ketetapan di atas bukan saja memudahkan pelabur Muslim membuat pelaburan yang dihalalkan oleh syarak, malah ia turut membangkitkan keyakinan dalam diri pelabur bahawa pelaburan yang dibuat mendapat restu Allah Taala.

INTI PATI - Pelaburan cara Islam
• Islam menggalakkan pertumbuhan harta dan pelaburan dengan matlamat yang murni iaitu untuk mengangkat taraf hidup dan ekonomi umat Islam.
• Pelaburan dilakukan mestilah tidak bercanggah dengan hukum Islam, iaitu tidak membabitkan aktiviti pelaburan dalam perkara yang tidak dibenarkan seperti arak dan sebagainya.
• Perkara al-dharuriyyat perlu diutamakan dan diikuti dengan al-hajiyyatt dan seterusnya al-tahsiniyyat. Seterusnya modal yang diperoleh adalah dari sumber yang halal.
• Pelaburan yang dijana hendaklah bebas daripada segala bentuk larangan seperti riba, ketidakpastian (gharar), penindasan, penipuan, pembaziran dan sebagainya.
• Pelaburan hendaklah memberi pulangan dalam bentuk kebendaan dan kerohanian, bukan saja memberi kepuasan dan kebaikan di dunia, bahkan di akhirat juga
• Lebihan pengeluaran dalam penggunaan dari sebarang jenis harta tidak digalakkan kerana ia boleh mewujudkan pembaziran fakta pengeluaran

Penulis adalah Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia


Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Selasa, 17 Februari 2009

Benarkah unit amanah satu pelaburan selamat?

Bagaimanakah untuk mendapatkan senarai saham ‘halal’?

Senarai saham halal bursa tempatan atau sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh syariah ada dikemaskini dari semasa-kesemasa oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Senarai lengkap tersebut boleh diakses di laman www. sc.com.my (cari di bahagian Islamic Capital Market). Terdapat 871 saham halal mengikut senarai tersebut yang bertarikh 28 April 2006, merangkumi 85 peratus daripada keseluruhan sekuriti yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Adakah unit amanah satu bentuk pelaburan yang selamat?

Unit amanah adalah seperti pelaburan-pelaburan lain, di mana prestasi adalah ditentukan oleh keadaan pergerakan pasaran yang berubah-ubah. Bagi mengimbangi kesan kuasa dan ketidaktentuan pasaran, pengurus unit amanah selalunya mengamalkan kaedah meminimumkan risiko pelaburan dengan cara meluaskan tebaran risiko di mana komponen portfolio dana amanah adalah dipelbagaikan untuk meliputi serangkaian luas pelaburan aset dan corak pelaburan. Kepelbagaian kadang-kala meliputi campuran kelas- kelas aset seperti saham, bon-bon dan instrumen pasaran wang. Sekiranya terdapat sebarang kejatuhan aset tertentu, kenaikan harga dan nilai aset lain dapat menampung kerugian tersebut.

Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat prestasi dan harga dana-dana unit amanah?

Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut di akhbar-akhbar utama (The Star, The New Straits Times dan Utusan Malaysia) atau majalah kewangan (Smart Investor, The Edge). Anda juga boleh mendapatkan maklumat dengan melayari laman web http://www.publicmutual.com.my

Selasa, 3 Februari 2009

Unit Amanah Saham, Simpanan Tetap dan Inflasi

Pelaburan unit amanah saham merupakan instrumen pelaburan yang masih belum mendapat pasaran yang meluas di Malaysia, walaupun prestasinya telah terbukti di antara yang terbaik di Rantau Asia terutama untuk pelaburan dana islamiknya.

Unit Amanah Saham dan Bursa Malaysia

Setakat 30 April 2007, hanya 13.2% dari jumlah keseluruhan pelaburan (NAB) di Bursa Malaysia yang dilabur di dalam pelaburan unit amanah saham, berbanding 48% di bursa negara Jepun atau lebih 40% di bursa-bursa negara maju lainnya.

Simpanan Tetap (Fixed Deposit) masih lagi menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia untuk menyimpan wang bagi jangkamasa sederhana dan panjang.

Pada umumnya, pelaburan unit amanah saham berupaya membantu para pelabur menghadapi susutnilai inflasi menerusi pulangan pelaburan yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Simpanan Tetap, apatah lagi Simpanan Biasa.

Rabu, 7 Januari 2009

Matlamat Pelaburan Unit Trust Dana Islamik

Pelabur di dalam pelaburan Unit Trust biasanya terdiri daripada mereka yang hanya mempunyai jumlah yang sedikit untuk dilaburkan, mereka yang tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham. Sebaliknya, mereka lebih suka melabur di dalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan.

Pelaburan Unit Trust Dana Islamik membenarkan pelabur kecil untuk melabur di dalam skop pelaburean yang sangat luas yang mana biasanya di luar jangkauan mereka.

Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan Unit Trust menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan, yang mana pada tempoh yang lama, boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar berbanding akaun simpanan biasa dan akaun simpanan tetap.
Matlamat pelaburan daripada Unit Trust adalah mudah. Anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapat pulangan pelaburan di antara 10% sehingga 60% dalam masa setahun ataupun menggunakan teknik Pemurataan Kos Ringgit (Dollar Cost Averaging) untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Jumaat, 2 Januari 2009

Info Unit Trust

Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.

Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau 'harga unit' bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.

Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.

Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.

BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan. Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

1. Pengurusan Dana Profesional

Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.

2. Mempelbagai Peluang

Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.

3. Memudahkan Transaksi

Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.

4. Meminimakan Risiko

Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.

5. Kecairan

Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.

6. Potensi Pertumbuhan Modal

Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah.

Hantarkan pertanyaan kepada kami.

Berminat: Sebagai Pelabur
Sebagai Agen UTC
Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat:
Pertanyaan:

Create a web form here

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP