Pesan Memesan

Sekian lama kita didedahkan dengan pengurusan kewangan secara konvensional yang terlibat secara langsung dengan RIBA’. Alhamdulillah sekarang kita sudah ada instrument-instrumen pengurusan kewangan berlandaskan Syariah. Namun masih terdapat juga daripada kita terlepas pandang daripada penguasaan sistem kewangan konvensional.

* Kita ada Bank berlandaskan Syariah…sudahkah anda beralih kepadanya
* Kita ada Takaful berlandaskan Syariah…sudahkah anda dapatkannya
* Kita ada pelaburan berlandaskan Syariah…mengapa tidak menyertainya.
* Kita ada pinjaman berlandaskan Syariah…dah buat pinjaman?

Jika kesemua pengurusan kewangan anda menjurus kepada Islamik..Alhamdulillah.. semuga rezki anda beroleh keberkatan.

Konsep pelaburan sambil menyimpan untuk masa depan dari Dana Islamik Unit Trust ini dilulus oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Skuriti dan dipantau oleh Jawatankuasa Syariah IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd)

Keuntungan dan kebaikan yang ditawarkan :

* Pengagihan keuntungan(hujung tahun) antara 10% - 30%
* Pertumbuhan modal 2 kali setahun berdasarkan perubahan harga unit.
* Pemberian Insurans/Takaful percuma berdasarkan nilai pelaburan(dana tertentu)
* Banyak lagi kebaikannya.
_____________________________________________

Sabtu, 28 Mac 2009

Di Manakah Duit Kita Dileburkan?

Perkara yang ingin saya kemukakan di sini bukanlah di mana kita melaburkan duit kita. Sebaliknya, di manakah kita meleburkan duit kita selama ini? Jawapannya pasti agak subjektif bagi setiap individu. Namun, bagi setiap individu pastinya tidak terkecuali atau terlepas dari perangkap atau jerat peleburan duit ini.

Hendak atau tak hendak! Mahu atau tak mahu! Sedar atau tak sedar rasanya kita terpaksa untuk menerima hakikat berikut. Bahawa setiap kali kita memperolehi hasil pendapatan atau gaji dari hasil titik peluh kita bekerja selama ini. Kebanyakkan ianya telah dileburkan kepada perkara-perkara berikut :

1. Kad kredit / Kad hutang :
~ Credit card / Kad kredit ramai yang beranggapan dengannya nak beli apa pun mudah dan cepat. Dan kad kredit ini jugalah orang sekarang panggil ‘ceti moden’. Sesetengahnya pula ada yang menganggap, satu kad kredit tak mencukupi, seboleh-bolehnya perlu ada 2 atau 3 kad kredit. Hujung bulan kad ATM sebagai ‘perantaraan/medium’ untuk mengeluarkan duit demi tujuan perbelanjaan. Tetapi bila masuk tengah bulan, kad kredit pula menjadi penggantinya.

Begitulah putaran perbelanjaan setiap bulan, hujung bulan duit masuk! Dileburkan untuk pembayaran hutang kad kredit tapi bila masuk tengah bulan duit pula habis, kad kredit diguna semula. Mungkin, episod putaran kad hutang tiada pengakhirannya.

2. Hutang :
~ Bila masuk hujung bulan dan duit gaji pun telah masuk pasti yang pertama sekali terlintas di akal fikiran kita ialah untuk melunaskan hutang-hutang! Peleburan tahap maksima berlaku di sini! Segalanya perlu dilunaskan terlebih dahulu sebelum surat jemputan perkahwinan tuntuan pembayaran menyinggah ke rumah. Masuk saja duit gaji, terus bayar hutang rumah (sewa rumah & bil-bil) + hutang kereta + hutang kad kredit + hutang PTPTN + hutang itu.. + hutang ini.. + hutang bla.. bla..! Silap-silap tengah bulan boleh makan mi segera dibuatnya!

3. Shopping @ Membeli-belah :
Setiap orang pasti pergi membeli-belah ini termasuklah membeli barang keperluan bagi kegunaan harian. Tapi ada juga di antara kita yang mempunyai tabiat yang suka membeli-belah melebihi dari keperluan semata-mata. Pantang bila lihat kedai yang menawarkan diskaun, jualan murah atau jualan penghabisan stok, mata mula terpukau untuk membeli kesemuanya. Kalau boleh satu kedai tu kita nak beli. Memang itu adalah masa yang sesuai untuk membeli-belah tapi janganlah sampai membeli-belah melebihi dari had keupayaan sendiri.

4. Awek / Pakwe :
~ Bagi pasangan yang tengah hangat bercinta, bila keluar date kalau tak pergi belanja awek atau pakwe pegi makan-makan, pegi tengok wayang, shopping, jalan-jalan memang tak sah punyalah! Semuanya memerlukan duit! Bawa RM10.. cukup ke budget untuk keluar date? Maunya cecah RM50 ke atas! Tu belum masuk lagi kos ‘offline date’ macam kos gayut-gayutan dan SMS.

5. Barang-barang gadjet :
~ Tengok kawan-kawan ada PDA, kita pun nak PDA yang lagi power dari diaorang! Tengok jiran sebelah ada handphone 3G, kita pun beli handphone versi 4G! Tengok sepupu punya notebook yang nipis dan ringan, kita pun beli notebook yang paling ternipis dan teringan di antara mereka. Pendek kata, biar nampak bergaya tapi poket kosong takpa!

6. Hobi :
~ Yang minatnya pada motorsikal, pasti nak modify motorsikal mereka. Yang minatnya pada kereta pastinya nak modify kereta mereka. Ada juga orang yang hobinya bermain dengan alat kawalan jauh seperti kereta, bot atau kapal terbang kawalan jauh. Ada yang suka mengumpul barang-barang antik. Ada yang suka mengambil gambar. Manakala, bagi perempuan pula ada yang hobinya suka memelihara binatang peliharan bermacam spesis atau menanam pokok bunga yang berpasu-pasu banyaknya. Dan terdapat banyak lagi hobi-hobi yang lain. Kebiasaannya, demi hobi kita sanggup bergadai duit demi mencapai kepuasan tersebut!

7. Rumah :
~ Bulan ni mungkin nak beli perabot baru! Bulan depan pulak nak tambah penyeri ruang tamu, sebuah T.V Plasma atau set home theater. Bulan seterusnya nak tambah pekakasan bilik tidur pulak! Bulan berikutnya mungkin nak extend ruang dapur. Kemudian buat maintenance kat bilik mandi. Dan seterusnya melengkapkan apa yang masih belum lengkap! Kalau boleh biar orang nampak rumah kita macam banglo mewah tak pun macam istana gitu!

8. Perjudian :
~ Sungguhpun telah tertera perkataan “judi itu HARAM di sisi Islam” tapi masih ramai juga orang kita yang tak faham bahasa Melayu (sengaja buat-buat tak faham) berjudi atau membeli nombor ekor di kedai 4 nombor ekor. Hari ni tak kena, esok beli lagi! Esok tak kena, lusa beli lagi! Lusa tak kena, tulat beli lagi! Duit dibuang begitu sahaja. Tak pernah kenal erti serik. Haram? Dosa? Atau masuk neraka? Bagi manusia yang jenis ni, segalanya perkara biasa! Na’auzubillah min zalik! Ingat, hukum ALLAH jangan cuba dipersendakan! Kalau dapat duit pun bukannya berkat!

9. Skim Cepat KayaP / Skim Merapu-merepek :
~ Kononnya kerana nak cepat kaya ramai yang terpedaya kepadanya. Bagi mereka tak kisahlah undang-undang telah melarangkannya atau pun tidak, janji goyang kaki kemudian *plink* terus jadi kaya! Teori mereka, kononnya orang yang kaya-kaya sekarang ni disebabkan mereka telah menyertai skim yang sama iaitu skim cepat kaya. Sungguhpun telah terdapat kisah hitam dengan nama skim yang sama tetapi mereka tetap juga tidak mahu mengambil teladan atau pengajaran melaluinya. Harap jangan bila dah terkena nanti, baru nak menyesal!


Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

0 Mesej anda:

Hantarkan pertanyaan kepada kami.

Berminat: Sebagai Pelabur
Sebagai Agen UTC
Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat:
Pertanyaan:

Create a web form here

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP