Pesan Memesan

Sekian lama kita didedahkan dengan pengurusan kewangan secara konvensional yang terlibat secara langsung dengan RIBA’. Alhamdulillah sekarang kita sudah ada instrument-instrumen pengurusan kewangan berlandaskan Syariah. Namun masih terdapat juga daripada kita terlepas pandang daripada penguasaan sistem kewangan konvensional.

* Kita ada Bank berlandaskan Syariah…sudahkah anda beralih kepadanya
* Kita ada Takaful berlandaskan Syariah…sudahkah anda dapatkannya
* Kita ada pelaburan berlandaskan Syariah…mengapa tidak menyertainya.
* Kita ada pinjaman berlandaskan Syariah…dah buat pinjaman?

Jika kesemua pengurusan kewangan anda menjurus kepada Islamik..Alhamdulillah.. semuga rezki anda beroleh keberkatan.

Konsep pelaburan sambil menyimpan untuk masa depan dari Dana Islamik Unit Trust ini dilulus oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Skuriti dan dipantau oleh Jawatankuasa Syariah IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd)

Keuntungan dan kebaikan yang ditawarkan :

* Pengagihan keuntungan(hujung tahun) antara 10% - 30%
* Pertumbuhan modal 2 kali setahun berdasarkan perubahan harga unit.
* Pemberian Insurans/Takaful percuma berdasarkan nilai pelaburan(dana tertentu)
* Banyak lagi kebaikannya.
_____________________________________________

Jumaat, 20 Februari 2009

Ibfm Source : Berita Harian On-Line
Monday, September 10, 2007
By : Mustafa Mohd Hanefah

MANUSIA adalah ciptaan istimewa Allah Taala yang dikurniakan dengan dua ekstrem, dugaan utama makhluk istimewa ini iaitu akal dan nafsu. Oleh itu, sebagai pemegang amanah Allah SWT, manusia perlu memastikan kedua-dua kehendak ini dipenuhi dengan sempurna dan secara berhikmah bagi mendapatkan kepuasan hidup seorang insan.

Namun demikian, dalam usaha memenuhi kehendak yang ada, manusia perlu mempertimbangkan pelbagai aspek terutama pandangan syariah dan undang-undang yang ditetapkan Allah Taala.
Apabila situasi ini dilihat daripada perspektif ekonomi, pemilikan, usaha pengembangan dan pertumbuhan harta, ia adalah antara aktiviti diminati makhluk Allah SWT bergelar manusia secara semula jadi kerana kecintaan kepada harta, satu fitrah dinikmati manusia sejak kejadian mereka lagi.

Sebagai bukti, sejarah pada zaman Rasulullah menunjukkan bahawa manusia sentiasa berlumba-lumba untuk meningkatkan produktiviti pemilikan persendirian mahupun pemilikan kolektif bagi dimanfaatkan oleh semua masyarakat.

Keadaan semula jadi ini timbul daripada wujudnya naluri dan keinginan untuk memiliki dan mempunyai hak atas sesuatu perkara. Oleh yang demikian, bagi individu dan pengguna pintar, mereka akan menyusun strategi dan merancang setiap bentuk penggunaan harta itu bagi memastikan ia dapat menjamin kestabilan ekonomi dan berjalan seiring ketetapan syariah.

Salah satu cara dan strategi yang boleh digunakan ialah melalui perancangan terancang di dalam pelaburan Islam.
Namun, apa yang amat menyedihkan di kalangan umat Islam hari ini, iaitu realiti yang ada memperlihatkan ramai pelabur Muslim asyik dan leka dalam lingkungan ekonomi konvensional yang serba menggamit nafsu, lantas melupakan prinsip, etika dan asas amat penting dalam merealisasikan kejayaan ekonomi Islam di masa depan.

Secara umum, Islam amat menggalakkan pertumbuhan harta dan pelaburan bersama-sama dengan matlamat yang murni iaitu untuk mengangkat taraf hidup dan ekonomi umat Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam masyarakat.

Namun, apa yang perlu kita hayati, matlamat utama sistem ekonomi Islam ialah untuk mencapai keredaan Allah yang Maha Esa di dunia mahupun di akhirat ataupun apa yang disebut sebagai al-falah.

Oleh itu, bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pelaburan konvensional dan sistem riba yang diharamkan oleh Islam, pakar ekonomi Islam mencurahkan segala daya usaha mereka untuk memperkenal dan menonjolkan instrumen pelaburan dalam Islam bagi memberi saingan kepada pelaburan konvensional serta alternatif kepada pelabur Muslim.

Hakikatnya, pelaburan yang sudah sedia ada sejak zaman Rasulullah lagi malah sejak zaman Jahiliah, berjaya diadaptasikan mengikut kehendak semasa oleh sarjana kita, lantas ia membuka mata dunia untuk sama-sama menghayati dan mengaplikasikan instrumen ini dalam aktiviti pelaburan mereka.

Apa yang amat diharapkan ialah pelaburan diamalkan umat Islam sama ada secara individu atau secara kolektif perlulah mematuhi beberapa prinsip dan kaedah ditetapkan Islam di dalam al-Quran serta al-Sunnah dan juga mengambil kira pendapat serta ijtihad ulama kontemporari.

Jelas di sini menunjukkan bahawa pelaburan diharuskan dalam Islam, namun pelaburan yang diharuskan oleh Islam tidak meliputi segala bentuk pelaburan tanpa batasan tertentu. Islam menganjurkan umatnya supaya membabitkan diri dalam aktiviti ini berlandaskan ciri ditetapkan di dalam Islam.

Antara asas diambil kira adalah seperti berikut (Abu Bakar Habin, 2000).

Pertama pelaburan itu mestilah tidak bercanggah dengan hukum Islam, iaitu tidak membabitkan aktiviti pelaburan dalam perkara yang tidak dibenarkan seperti arak dan sebagainya.

Kedua, pelaburan yang dilakukan mestilah mengikut keutamaan keperluan masyarakat. Perkara al-dharuriyyat perlu diutamakan dan diikuti dengan al-hajiyyatt dan seterusnya al-tahsiniyyat. Seterusnya modal yang diperoleh adalah dari sumber yang halal.

Ini bagi menjamin perkara halal tidak dipertikaikan atas sebab sumber yang diragui. Pelaburan dilakukan juga mestilah mampu memberi kebajikan dan kemakmuran kepada individu dan masyarakat. Selain itu, pelaburan berkenaan hendaklah memberi pulangan dalam bentuk kebendaan dan kerohanian, bukan saja memberi kepuasan dan kebaikan di dunia, bahkan di akhirat juga.

Akhir sekali pelaburan yang dijana hendaklah bebas daripada segala bentuk larangan seperti riba, ketidakpastian (gharar), penindasan, penipuan, pembaziran dan sebagainya.

Selain itu, Masudul Alam Choudhury (1986) yang juga tokoh ekonomi Islam memberikan pendapat peribadinya mengenai ciri asas pelaburan dalam Islam iaitu pertama menyatakan bahawa sistem sosial Islam menyarankan supaya setiap pengguna perlu bertindak berdasarkan keperluan dan keselesaan hidup.

Dasar ini dipersetujui semua sarjana Islam dan penggunaan secara mewah dan berlebihan adalah dilarang sama sekali. Menurut beliau lagi, lebihan pengeluaran dalam penggunaan dari sebarang jenis harta tidak digalakkan kerana ia boleh mewujudkan pembaziran fakta pengeluaran.

Beliau turut menambah bahawa pelaburan sebenarnya adalah faedah yang didapati dalam pengeluaran barangan keperluan dan keselesaan hidup. Oleh itu, lebih banyak modal diperlukan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran mengikut masa tertentu dan mengetahui bagaimana cara mengeluar, meningkatkan dan mengembangkan.

Sebagai tambahan, di negara kita secara khususnya, ada peruntukan undang-undang dan petunjuk atau garis panduan mengenai ciri pelaburan secara Islam yang boleh diceburi di semua institusi perbankan Islam.

Ciri ini dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya Sekuriti bertujuan memudahkan usaha institusi kewangan yang berminat atau orang perseorangan untuk menerokai bidang kewangan Islam.

Kelayakan sesebuah syarikat akan terkeluar daripada senarai sekuriti yang diluluskan berdasarkan kriteria yang tersenarai seperti berikut:

Perkara pertama yang mengeluarkan sesuatu institusi terkeluar daripada senarai Suruhanjaya Sekuriti ialah mempunyai operasi berteraskan riba (faedah) seperti dijalankan institusi kewangan misalnya bank perdagangan dan bank saudagar serta syarikat kewangan.

Yang kedua ialah mempunyai operasi membabitkan aktiviti perjudian. Seterusnya mempunyai operasi mengeluarkan dan/atau menjual barangan yang haram seperti minuman keras, daging khinzir dan daging yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Yang terakhir ialah syarikat yang mempunyai operasi membabitkan kegiatan berunsur gharar (ketidakpastian) seperti perniagaan insurans konvensional.

Selain daripada syarat di atas, bagi syarikat yang membabitkan aktiviti bercampur, iaitu mempunyai unsur dibenarkan dan diharamkan oleh syarak, Majlis Penasihat Syariah mempertimbangkan beberapa sudut tambahan lain bagi membolehkan pelabur Muslim melabur di dalam sekuriti terbabit.

Antara syarat tambahan dimaksudkan termasuklah, yang pertama aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti bertentangan syarak sebagaimana digariskan oleh empat kriteria di atas. Kedua, pandangan masyarakat umum mengenai imej syarikat berkenaan mestilah baik.

Ketiga ialah aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil membabitkan perkara umum balwa (kerumitan meluas yang sukar dielakkan), 'uruf (amalan kebiasaan) dan hak masyarakat bukan Islam yang diperakui Islam.

Oleh yang demikian, dengan ada garis panduan yang secara umum ditetapkan oleh Islam dan secara khususnya dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, umat Islam dan organisasi Muslim yang berminat dengan aktiviti pelaburan bolehlah meneruskan aktiviti mereka berdasarkan ketetapan disenaraikan itu.

Selain daripada itu, ketetapan di atas bukan saja memudahkan pelabur Muslim membuat pelaburan yang dihalalkan oleh syarak, malah ia turut membangkitkan keyakinan dalam diri pelabur bahawa pelaburan yang dibuat mendapat restu Allah Taala.

INTI PATI - Pelaburan cara Islam
• Islam menggalakkan pertumbuhan harta dan pelaburan dengan matlamat yang murni iaitu untuk mengangkat taraf hidup dan ekonomi umat Islam.
• Pelaburan dilakukan mestilah tidak bercanggah dengan hukum Islam, iaitu tidak membabitkan aktiviti pelaburan dalam perkara yang tidak dibenarkan seperti arak dan sebagainya.
• Perkara al-dharuriyyat perlu diutamakan dan diikuti dengan al-hajiyyatt dan seterusnya al-tahsiniyyat. Seterusnya modal yang diperoleh adalah dari sumber yang halal.
• Pelaburan yang dijana hendaklah bebas daripada segala bentuk larangan seperti riba, ketidakpastian (gharar), penindasan, penipuan, pembaziran dan sebagainya.
• Pelaburan hendaklah memberi pulangan dalam bentuk kebendaan dan kerohanian, bukan saja memberi kepuasan dan kebaikan di dunia, bahkan di akhirat juga
• Lebihan pengeluaran dalam penggunaan dari sebarang jenis harta tidak digalakkan kerana ia boleh mewujudkan pembaziran fakta pengeluaran

Penulis adalah Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia


Hot Line : 0139342387/0134205523
Email : samanis@hotmail.com/syamina2003@yahoo.com

Selasa, 17 Februari 2009

Benarkah unit amanah satu pelaburan selamat?

Bagaimanakah untuk mendapatkan senarai saham ‘halal’?

Senarai saham halal bursa tempatan atau sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh syariah ada dikemaskini dari semasa-kesemasa oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Senarai lengkap tersebut boleh diakses di laman www. sc.com.my (cari di bahagian Islamic Capital Market). Terdapat 871 saham halal mengikut senarai tersebut yang bertarikh 28 April 2006, merangkumi 85 peratus daripada keseluruhan sekuriti yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Adakah unit amanah satu bentuk pelaburan yang selamat?

Unit amanah adalah seperti pelaburan-pelaburan lain, di mana prestasi adalah ditentukan oleh keadaan pergerakan pasaran yang berubah-ubah. Bagi mengimbangi kesan kuasa dan ketidaktentuan pasaran, pengurus unit amanah selalunya mengamalkan kaedah meminimumkan risiko pelaburan dengan cara meluaskan tebaran risiko di mana komponen portfolio dana amanah adalah dipelbagaikan untuk meliputi serangkaian luas pelaburan aset dan corak pelaburan. Kepelbagaian kadang-kala meliputi campuran kelas- kelas aset seperti saham, bon-bon dan instrumen pasaran wang. Sekiranya terdapat sebarang kejatuhan aset tertentu, kenaikan harga dan nilai aset lain dapat menampung kerugian tersebut.

Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat prestasi dan harga dana-dana unit amanah?

Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut di akhbar-akhbar utama (The Star, The New Straits Times dan Utusan Malaysia) atau majalah kewangan (Smart Investor, The Edge). Anda juga boleh mendapatkan maklumat dengan melayari laman web http://www.publicmutual.com.my

Selasa, 3 Februari 2009

Unit Amanah Saham, Simpanan Tetap dan Inflasi

Pelaburan unit amanah saham merupakan instrumen pelaburan yang masih belum mendapat pasaran yang meluas di Malaysia, walaupun prestasinya telah terbukti di antara yang terbaik di Rantau Asia terutama untuk pelaburan dana islamiknya.

Unit Amanah Saham dan Bursa Malaysia

Setakat 30 April 2007, hanya 13.2% dari jumlah keseluruhan pelaburan (NAB) di Bursa Malaysia yang dilabur di dalam pelaburan unit amanah saham, berbanding 48% di bursa negara Jepun atau lebih 40% di bursa-bursa negara maju lainnya.

Simpanan Tetap (Fixed Deposit) masih lagi menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia untuk menyimpan wang bagi jangkamasa sederhana dan panjang.

Pada umumnya, pelaburan unit amanah saham berupaya membantu para pelabur menghadapi susutnilai inflasi menerusi pulangan pelaburan yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Simpanan Tetap, apatah lagi Simpanan Biasa.

Hantarkan pertanyaan kepada kami.

Berminat: Sebagai Pelabur
Sebagai Agen UTC
Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat:
Pertanyaan:

Create a web form here

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP